Sifat keagamaan Soneta 29

Paglia dan Frank mempunyai pandangan yang sama tentang rujukan agama yang dibuat sepanjang puisi. Pembicara mula-mula menyatakan bahawa syurga pekak terhadap "tangisan [dia] yang tidak berguna" (baris 3). "Burung seri ayu pada waktu siang terbit" (baris 11) melambangkan kelahiran semula Pembicara dan dia kini boleh menyanyikan "puji-pujian di gerbang syurga" (baris 12). Ini mewujudkan satu lagi kontras dalam puisi. Syurga yang dahulunya pekak menyebabkan doa-doa Pembicara tidak dimakbulkan kini tiba-tiba dapat mendengar. Kedua-dua pengarang menyorotkan ketiadaan rujukan kepada Tuhan dan bagaimana Pembicara sebaliknya hanya bercakap tentang syurga.

Menjelaskan lagi hal itu, Paul Ramsey mendakwa: "Soneta 29 mengatakan bahawa Tuhan mengecewakan dan pemuda itu membawa penebusan".[13] Maknanya puisi itu bukan tentang institusi agama tetapi puisi itu adalah sejenis agamanya sendiri. Ramsey mengulas lagi, "Bertentangan syurga itu, menentang Tuhan, terletaknya syurga bahagia di mana burung seri ayu menyanyikan puji-pujian. Puisi itu satu lagu pujian, meraikan kebenaran yang ditegaskan lebih tinggi daripada agama."[14] Jadi walaupun Soneta 29 membuat beberapa rujukan agama, Ramsey berpendapat bahawa ini sebenarnya adalah sentimen antiagama.